1.0  Pengenalan


Muassasah Darul Fuqaha atau Darul Fuqaha merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang diasaskan bagi melahirkan generasi muslim dan mukmin yang bakal mewarnai dunia dengan warna-warna islam dengan keyakinan mereka adalah khalifah Allah yang diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi Allah yang menjadi pentas ujian bagi dirinya meraih syurga di alam abadi.


2.0 Pengasas

Ia di asaskan oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, seorang bekas pensyarah di UKM, penceramah agama di radio dan tv, penulis buku dan artikel serta pengamal perubatan Islam.


3.0 Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha

Projek pertama Darul Fuqaha ialah penubuhan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha yang bermula pada 16 Februari 2005. Ia beroperasi di Kg Sg. Merab Luar, Bangi, Selangor, berhadapan Maktab Perguruan Islam Bangi dan berdekatan Institut Latihan Islam (ILIM).


Ia ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan percuma secara integrasi antara akademik, agama dengan berasaskan hafazan al-Quran untuk anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang tidak berkemampuan. Pembiayaannya ialah berasaskan konsep wakaf dan sedekah harta daripada umat Islam berkonsepkan "anda belajar, umat membayar". Sebagai imbalannya pelajar-pelajar ini bakal mencurahkan tenaga mereka untuk ummah menerusi kerja-kerja dakwah islam apabila ilmu penuh di dada dan sakhsiah sudah terbina.


4.0 Sek. Ren. Islam Pintar Tahfiz

Bermula Januari 2006 pula Darul Fuqaha telah mengambil alih pentadbiran Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) Cawangan Kajang yang bernaung di bawah Ilmu Amal Sdn. Bhd. Ia terletak di Taman Mesra, Kajang. Sekolah ini menyediakan pembelajaran peringkat rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. Sukatan yang digunakan ialah sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tambahan sukatan hafazan al-Quran dan IT.

Bermula awal 2008 ia telah disusun kembali dan diberi nama Sek Ren Islam Pintar Tahfiz dan dipindahkan ke Sg. Merab, Bangi. Sek Ren Islam Pintar Kuala Terengganu juga diserapkan di bawah penyusunan baru ini  dan menjadi cawangan SRIP Tahfiz di Kuala Terengganu.


5.0   Kolej Islam Fuqaha

Kolej Islam Fuqaha sebelumnya dikenali sebagai Kolej pengajian islam & tahfiz Fuqaha. Bermula ogos 2008 ia dijenamakan semula sebagai Kolej Islam Fuqaha. ia menyediakan pendidikan tinggi peringkat Diploma Syariah dan juga Sijil Tafaqquh. Lepasan Diploma Syariah berpeluang menyambung pengajian mereka ke tahun 3 peringkat Ijazah Pertama di Univ-univ terpilih di Indonesia.

Program Sijil Tafaqquh pula bertujuan mempersiapkan pelajar untuk mengikuti program Ijazah Pertama di univ-universiti terpilih di Indonesia dan juga di negara-negara Arab seperti Jordan, Syria dan Yaman.


6.0 Pustaka Fuqaha

Pustaka Fuqaha sebelumnya dikenali sebagai Pustaka Siber Fuqaha. Ia merupakan sebuah kedai yang mempamerkan khazanah buku-buku agama terpilih untuk dibeli dan di sewa terletak di jalan utama Sg. Merab Luar, Bangi, Kajang. Ia juga mengandungi perkhidmatan fotokopi, urus cetak, produk muslim dan produk kosmetik.


7.0 Mochas Cake & Pizza

Mochas Cake & Pizza merupakan sebuah restoren yang dimiliki oleh Darul Fuqaha menerusi anak syarikatnya al-Marabi Management. Ia menjual kek dan pizza. ia terletak di Fasa 1 bandar Baru Bangi berhadapan pasar malam dan kedai sate Samuri. tempahan kek untuk pelbagai acara boleh dibuat dengan menghubungi Shamsul 0126266082

Darul Fuqaha juga menyediakan perkhidmatan catering bagi pelbagai acara. Antara syarikat besar yang pernah mendapat khidmat katering ialah UKM, IKIM dan Ingress Corporation. Hubungi Shamsul 0126266082


8.0  DF Catering

Menerusi syarikat Darul Fuqaha Enterprise, Darul Fuqaha mengusahakan penerbitan buku-buku agama ilmiyah yang bermula pada April 2005 dengan terbit buku sulong bertajuk "Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat-Kontroversi Solat Jumaat Dr. Aminah Wadud" oleh Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri dan Dr. Zulkifli al-Bakri. Sehingga Januari 2006 sebanyak 10 buah buku agama kontemporari telah diterbitkan. Di jangka sebelum Februari 2006 3 buah lagi buku akan diterbitkan insyaAllah.

Darul Fuqaha mengalu-alukan para pengedar yang berminat untuk menjadi pengedar negeri bagi buku-buku tersebut. Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Ustaz Mohd Khairuddin secara terus di talian 013 3621236 atau 019 2121972.

Aktiviti Terkini

No events
Go to top