Pengenalan

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha atau MTDF merupakan sebuah institusi pendidikan integrasi menggabungkan kurikulum Tahfiz al-Quran, Akademik KBSM dan kurikulum agama terpilih.

Ia adalah PERCUMA untuk 3 golongan utama iaitu anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan dan anak-anak faqir miskin. MTDF merupakan projek pertama Darul Fuqaha dan bernaung di bawah MUASSASAH DARUL FUQAHA.

Mula beroperasi pada tanggal 14 hb Februari 2004 di tapak utama Darul Fuqaha iaitu " Lot 3283, Jalan IPIS, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor. Pembiayaan awal MTDF adalah merupakan sumbangan peribadi seorang dermawan Ybhg Datuk Rameli Musa, Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation.

Pengajian yang dijalankan oleh pelajar di MTDF agak padat dengan disiplin yang ketat serta tarbiyah yang mantap. Sesi pentarbiyahan dimulakan seawal 4 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. kehidupan pelajar sentiasa dipantau agar selari dengan ajaran islam.

MTDF menekankan pentarbiyahan diri, pendidikan akhlak dan pemantapan ilmu serta keterampilan kepimpinan melalui solat berjamaah dan hafazan al-Quran serta pengajian ilmu yang berterusan.

 

Aktiviti Terkini

30 Dec 2017;
08:00AM - 05:00PM
PENDAFTARAN SESI 2018
Go to top